ALUMNI DAN KONVOKESYEN
VIDEO KONVOKESYEN
ELAUN KEUSAHAWANAN TIDAK MENGHALANG PELAJAR INI MERAIH ANUGERAH CEMERLANG
Bangi , 10 November 2019 – Kegigihan seorang pelajar kelahiran Papar, Sabah mengambil upah memetik cili di kebun fertigasi cili yang diusahakan oleh Uniti Farm Sdn Bhd berbaloi apabila dia berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Kolej Uniti Pasir Panjang Port Dickson.
Lebih membanggakan apabila penuntut lepasan diploma tersebut, Mohd Firdaus Romi, 21 dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Program Diploma Kejuruteraan Teknologi Multimedia, program usahasama UPM-UNITI pada Majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Uniti kali ke 18 baru-baru ini yang diadakan di Bangi Avenue Convention Centre (BACC).
Firdaus berkata, kejayaan yang dikecapi ini merupakan hadiah terindah buat kedua ibubapanya lebih-lebih lagi inilah kali pertama ibu dan ayahnya dapat menghadiri majlis konvokesyen seperti ini kerana dia merupakan anak sulung daripada tiga beradik.
“Dengan bekerja sambilan, saya dapat duit poket sikit untuk tampung serba sedikit belanja sepanjang waktu belajar buat beli makan minum dan buku nota.”
“Sekurang-kurangnya boleh kurangkan beban umi dan abah sebab adik-adik saya masih sekolah dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi,” katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen kali ke 18 Kolej Uniti di Bangi Avenue Convention Centre, Bandar Baru Bangi..”
Firdaus mengucapkan ribuan terima kasih kepada Uniti Farm Sdn Bhd yang menawarkan program keusahawanan di Kolej Uniti di mana program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari cara-cara dan teknik penanaman secara fertigasi disamping menjana pendapatan sendiri.
“Program keusahawanan ni senang je nak libatkan diri, cari masa-masa lapang yg kita ada antara Isnin hingga Jumaat tak kira pagi atau petang supaya tidak mengganggu waktu kuliah.”“Saya mula libatkan diri dalam program keusahawanan sejak semester 3 hingga semester 6 kerana uniti mula aktif buat program Tree for Future untuk keusahawanan Uniti ini sejak tahun 2017.”
“Saya sentiasa memastikan masa saya terurus dengan baik untuk membahagikan masa kelas saya dan program keusahawanan ini,” jelas Firdaus yang juga merupakan Timbalan Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018.
Tambahnya lagi, segala ilmu yg diperoleh dari program keusahawanan ini akan digunakannya untuk membuka perniagaan berasaskan tani di masa akan datang.
Sebelum mengakhiri perbualan, dia sempat memberi nasihat kepada adik-adik yang masih belajar terutamanya di Kolej Uniti supaya jangan lepaskan peluang mengikuti program keusahawanan yang ditawarkan oleh pihak kolej kerana ilmu seperti itu tidak dapat diperolehi di dalam kelas dan ianya sangat berguna sekiranya kita berminat untuk membuka perniagaan sendiri.
Sebelum mengakhiri perbualan, dia sempat memberi nasihat kepada adik-adik yang masih belajar terutamanya di Kolej Uniti supaya jangan lepaskan peluang mengikuti program keusahawanan yang ditawarkan oleh pihak kolej kerana ilmu seperti itu tidak dapat diperolehi di dalam kelas dan ianya sangat berguna sekiranya kita berminat untuk membuka perniagaan sendiri.
Moga kisah ini menjadi inspirasi buat para pelajar Kolej UNITI. Kami warga Kolej UNITI mendoakan agar Firdaus terus meraih kecemerlangan di masa akan datang.
KAMI AKAN MENAPIS PERMOHONAN TERLEBIH DAHULU BERDASARKAN KEPUTUSAN SPM DAN KUOTA TEMPAT.
Comments
Post a Comment