SOALAN LAZIM
Kolej UNITI adalah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi yang dimiliki penuh oleh Bumiputra serta melaksanakan program ushasama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) & Universiti Teknologi MARA (UITM) .
Justeru itu, penubuhan Kolej UNITI diterajui dengan perbentukan mahasiswa yang berintegriti, berinovasi, berakhlak mulia disamping perkembangan ilmu yang berperinsipkan perbentukan Islam. Ianya seiring dengan keperluan semasa industeri pekerjaan baik sektor kerajaan & swasta dalam memperolehi tenaga mahir yang berwibawa. Sehingga kini, 98% pelajar UNITI telah mendapat pejerjaan baik di sektor Kerajaan mahupun Swasta.
Secara rasmi Kolej UNITI mula beroperasi di Kompleks UNITI (dulu Pusat Bina Semangat), Pasir Panjang, Port Dickson pada 15hb Mac 1997 setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran.
Pada tahun pertama, seramai 170 pelajar telah mengikuti program Pra Sains UiTM. Pada tahun berikutnya, pelajar Kolej UNITI meningkat kepada 405 orang dengan 4 program akademik. Pada tahun 2001, dengan 10 program akademik jumlah pelajar telah berkembang kepada 1110 orang. Kini Kolej UNITI telah berjaya menawarkan 18 program yang mendapat kelulusan penuh dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.
Semua program Diploma yang terdapat di Kolej UNITI telah mendapat pengiktirafan dari Malaysian Qualifications Agency (MQA) & Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dengan pengiktirafan ini, setiap pelajar yang belajar di Kolej UNITI mendapat hak sama taraf dengan Iinstitusi Pengajian Awam (IPTA) dalam kelayakan permohonan bagi mendapatkan pekerjaan disektor KERAJAAN.
Kini, dalam meniti usianya yang ke 20 tahun, Kolej UNITI telah mempunyai pelajar yang sedang belajar & telah bergraduasi kira-kira lebih dari 12000 orang yang mengikuti dalam pelbagai disiplin ilmu seperti kemanusiaan, teknologi/kejuruteraan multimedia, pengurusan, pendidikan dan terbaru pengurusan muamalat serta pengurusan halal.
Bahasa pengantar yang digunakan – sebagaimana yang diluluskan oleh MQA – ialah Bahasa Melayu kecuali bagi program usahama dengan UiTM dan Diploma Pengurusan Muamalat yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (Pnp).
Manakala bagi Diploma Pengajian Islam, bahasa pengantar utama ialah Bahasa Arab.
Faktor utama antaranya pelajar melanjutkan pengajian di UNITI ini adalah kerana kebanyakan program dalaman diploma yg terdapat di UNITI menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu. Jadi ianya tidak menyukarkan pelajar yang bermasalah dalam bahasa inggeris untuk terus berjaya dalam diploma yang mereka ceburi. Manakala bagi pelajar yang lemah bahasa Inggeris ini, UNITI akan mengadakan kelas pengukuhan Bahasa Inggeris. Ianya bagi memastikan setiap pelajar yang bergraduasi di UNITI berkualiti & berdayasaing dalam keperluan sektor pekerjaan.

Ya, kerana semua program akademik KU telah mendapat akreditasi penuh MQA & Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Selain itu, graduan UNITI juga mestilah mempunyai PNGK minima yang ditetapkan oleh IPTA. UPSI misalnya menetapkan dalam syarat amnya pemohon mestilah mencapai sekurang-kurangnya PNGK 2.5. Pemohon juga perlu mempunyai MUET sekurang-kurangnya band 1.
Berdasarkan rekod oleh Jabatan Alumni UNITI Kebanyakan pelajar lepasan UNITI telah mengikuti pengajian ijazah di IPTA seperti UPM, UPSI, USM, UKM, UM, UMS, UMT, UIA dan sebagainya. Ia juga sama seperti alumni UNITI yang telah berjaya seperti PU Syed Mohd Bakri Juara Pencetus Ummah musim ke tiga 2015
Bagi graduan DPI, sebahagian daripadanya telah menyambung ke Universiti al Azhar di Mesir, Universiti Yarmouk di Jordan dan IAIN ar Raniry Banda Aceh di Indonesia.

Kampus induk UNITI terletak di Pekan Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Dulu ia merupakan tapak Pusat Bina Semangat yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.
Mulai tahun 2009, kampus baru telah dibuka dan mula beroperasi di Tanjung Agas, Port Dickson berhampiran sempadan Negeri Melaka & disempadan Selat Melaka. Kampus ini dikenali sebagai Uniti Village (UV).
Kampus induk masih lagi beroperasi dan menempatkan bangunan akademik untuk program diploma di bawah Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan (FTK) dan Fakulti Pengurusan dan Pengajian Islam (FPPI). Manakala kampus di UV pula khusus untuk program Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM).

Antara kemudahan asas utama yang disediakan ialah asrama pelajar. Semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama yang UNITI sediakan. Dua asrama disediakan iaitu satu di UNITI VILLAGE sendiri dan satu lagi di Ixora Permai (IP). Kedua-dua asrama ini kedudukannya berhampiran antara satu sama lain.
Selain asrama, pelajar juga disediakan kemudahan bersukan dan berekreasi di UNITI VILLAGE. Ada sebuah padang bola dan sebuah gelanggang sukan untuk futsal. Di samping itu juga disediakan gelanggang bola jaring, bola tampar, badminton dan ping pong.
Pelajar boleh menjamu selera di Cafe UV dengan harga berpatutan. Bagi mendapatkan barang-barang keperluan peribadi dan alat tulis pelajar boleh membelinya di Koperasi UNITI di UNITI VILLAGE.
Ada 2 perpustakaan untuk pelajar mentelaah dan membuat rujukan. Perpustakaan utama di bangunan pentadbiran UNITI. Manakala perpustakaan cawangan yang dinamakan Baitul Hikmah beroperasi di bangunan akademik UNITI VILLAGE. Waktu operasi ialah dari 8.30 pagi hingga 5.45 petang. Namun waktu operasi akan dipanjangkan apabila tiba musim peperiksaan. Perpustakaan Baitul Hikmah akan dibuka semula pada waktu malam bagi kemudahan pelajar mentelaah dan membuat rujukan.

KAMI AKAN MENAPIS PERMOHONAN TERLEBIH DAHULU BERDASARKAN KEPUTUSAN SPM DAN KUOTA TEMPAT.
Comments
Post a Comment